Selamat Datang ke SS Bridal Gallery Butik Pengantin Sentuhan Semulajadi

~ inFO BaKAL Raja SeHARi ~



Panduan untuk bakal-bakal pengantin baru.  

Checklist Permohonan Nikah (kalau tak buat ni memang tak kahwinlah jawabnya.. :) 
- Hadiri kursus pra-perkahwinan
- Buat ujian HIV 
- Bagi yang lelaki pastikan ada surat akuan bujang.
- Dapatkan borang permohonan nikah dari Jabatan Agama Islam Daerah yang kita jadi pemastautin dan lengkapkan borang dan sertakan dokumen sampingan yang diperlukan. bagi lelaki, kalau dah dapat kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah boleh serahkan surat kebenaran tu pada pihak perempuan.
- Pihak perempuan pon kena isi borang yang sama dan kepilkan surat kebenaran kahwin dari    pihak lelaki dan dokumen sokongan yang lain.
- Pastikan anda telah tempah tempat dan jurunikah untuk majlis kahwin anda.
Checklist Barang Hantaran

- Senaraikan barang hantaran yang nak dibeli dan jangan beli sekali jalan. takut nanti pengsan pulak bila tgk bil. kalau boleh beli sikit-sikit especially bila ada sale.
- Pastikan barang-barang penting macam cincin tunang, cincin kahwin, wang hantaran, wang mas kahwin disediakan.
Checklist Resepsi Perkahwinan


 ~ Pastikan andam pengantin dah ditempah. baju untuk nikah dan majlis resepsi biasanya boleh disewa dari mak andam. tak payah bazir duit untuk beli baru. nanti pakainya sekali je. pelamin pon biasanya boleh diambil dari mak andam je. bagusnya kalau amik dari satu tempat senang nak bincang. kalau amik lain2 tempat nanti takut akan ada masalah coordination. nanti ada yg dapat salah info, boleh rosak majlis. boleh bincang sekali untuk masukkan fresh flower kalau perlu. ~

~ Pastikan anda dah decide nak buat majlis resepsi perkahwinan di mana samada kat rumah, dewan, hotel atau pon taman. bila dah decide, pastikan anda dah book venue tersebut ~

~ Book katerer kalau anda nak buat resepsi di rumah atau dewan yang tidak menyediakan katerer. kena bincang betul-betul menu dan harga pakej yang nak dipilih. pastikan set makanan beradap tak dilupakan. biasanya kalau katerer ni, boleh sediakan sekali khemah/kanopi dan decoration untuk khemah serta hiasan meja makan pengantin. ~ 
~ Hiasan bilik tidur pengantin ~


~ Book fotografer dan videografer untuk perkahwinan. kalau boleh amik yg dah experience sebab kalau silap amik and gambar tak cantik, takkan nak buat majlis lagi sekali kan….hehe. sekarang ni banyak fotografer dah sediakan custom made album. kalau boleh amik fotografer yg ada pakej tu lah sbb gambar nampak kemas dan cantik. ~

~ Kad jemputan / undangan kahwin beserta dengan pelan ke tempat majlis resepsi. ~

~ Tempah kompang untuk resepsi kahwin. kalau xde kompang nanti nampak pelik pulak. ~

~ Tempah MC atau Karaoke supaya majlis nanti tak boring.

~ Door gift untuk tetamu dan VIP ~

~ Bunga telur ~

~ Bunga manggar ~

~ Sediakan kos penginapan dan pengangkutan rombongan sekiranya perlu ~

~ Tempat penginapan untuk pihak yang bertandang sekiranya perlu ~

~ Kek kahwin ~

~ Sediakan papan tanda yang mencukupi untuk memberi panduan kepada tetamu untuk sampai ke tempat majlis resepsi. ~

~ Pastikan tempat honeymoon anda pon dah dibook serta flight kalau perlu. kalau tak nak pening kepala amik pakej dari travel agent. pergi rileks je tak payah nak fikir apa-apa. lagi pon tujuan honeymoon ni nak bercuti bersama pasangan tercinta kan. ~

Yang paling penting sekali pastikan anda sediakan budget untuk setiap checklist di atas. kalau tak buat budget, takut nanti kita akan terlebih belanja. pastikan berbelanja mengikut kemampuan anda dan jangan sampai berhutang. majlis resepsi tu cuma sehari je, yang penting kehidupan selepas majlis resepsi perkahwinan tu. banyak nak pakai duit tau kalau hidup kat bandar.





 Raja Sehari...!!!


Ss  Bridal membantu menyediakan senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda. Sila cetak untuk semakan anda..


MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:








Cincin belah rotan. (cincin tanda)

Wang tanda (hantaran)
Baju sepasang atau kain
Buah-buahan
Kuih-muih
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
Cincin berlian
Sirih junjung
Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.






6-10 Bulan

* Tentukan hari perkahwinan

* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan.

* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf.

* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak.

* Tentukan tempat kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel.

* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis

* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan

* Pilih pengapit-pengapit anda

* Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan

* Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami

* Pilih baju untuk pengapit

* Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun

* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai

* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan oerhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya.

* Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda

* Sediakan dokumen ini:


  • Salinan Kad Pengenalan (min 10)
  • Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
  • Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
  • Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur dan lain-lain
  • Kebenaran kedutaan jika warga asing
  • Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
  • Surat Perakuan Bujang dari majikan
  • Salinan Surat Beranak (min 3)




4-6 Bulan




*Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara


*Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan


*Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori


*Siapkan bilik atau rumah pengantin





3-6 Bulan


*Hadiri kursus Pra Perkahwinan

*Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri

*Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan

*Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid

*Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu

*Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh

*Pilih cincin perkahwinan

*Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri

*Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda

*Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan.

*Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh

*Tentukan aturcara majlis

*Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin

*Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain.




2-4 Bulan

*Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudari dari luar negeri

*Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam

*Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering

*Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk

*Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu

*Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu

*Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap

*Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan







7 Hari

*Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu

*Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik

*'Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas

*Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan.

*Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat.

*Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka.



1 Hari

*Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam

*Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan

*Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan.

*Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda.

*Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.


Di Hari Majlis

*Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan.

*Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah

*Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda


Selepas Majlis

*Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa

*Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir

*Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab

*Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.

*Selamat Pengantin Baru kepada anda....

3 Hari selepas Majlis

selamat pengantin baru....

dan selamat berhoneymoon.......